Friday, April 23, 2010

23 April 2010

Hari ni rekod dalam pengeluaran harian Hicom Automotive sbb berjaya menhasilkan outpus sebanyak 16 Unit, dengan rasa yang amat gembira CEO En.Rasid masuk ke bilik Standing Meeting Room dengan perasaan yang gembira... salam setiap org dalam bilik tu daripada ass.foreman, foreman, executive, manager sume kena salam... da nak abis meeting, CEO kuar soalan bernilai RM... lagi, dimenangi oleh En.Mutallib selaku Asst manager aku... aku ntah bila lagi.. :D meeting pagi arini habis tepat pukul 10.00am.

Task list bertambah, kena monitor utk pump air motor PCS, nak kena buat analysis2 yang perlu utk prevent benda yang sama berulang... then masuk lagi isu conveyor... pun nak kena study smula...

petang 4.30om seperti biasa Meeting ngan Mr.Peter dekat Mercedes Benz, why? why? why? why? why?...... banyaknya why sampai satu masa dah x boleh blah ngan jawapan2 yang diberi... Isu aku closed sementara.... alhamdulillah... kuar MBM 6pm malas nak sambung keje... tp keje belambak lagi... duduk ar rehatkan diri...

Plan malam nak g pasau umah 500.. (jumaat je)

Thursday, April 22, 2010

22 APRIL 2010

ICC iaitu INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE... Mini konvensyen ICC wilayah pantai timur 2010 telahpun dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Bagi company seperti Hicom Automotive adalah suatu yang baru yang akan dimulakan oleh generasi baru Hicom automotive.. Kami daripada Maintenance Crew telah manyahut cabaran ini walaupun konvensyen ini akan berlansung pada 4 Mei1 2010 ini... Tidak dapat dinafikan aktiviti yang kreatif dan berinovasi ini mampu menghasilkan penambahbaikan yang jauh lebih besar bagi memastikan syarikat terus berdaya saing dan menghasilkan satu kreativiti bukan sahaja dgn pengurangan kos semata-mata. Ia juga dapat membantu ahli kumpulan saling belajar diantara satu dengan lain bagi memantapkan diri dalam persekitaran yang lebih mencabar di masa akan datang.

ICC 50% dlm tangan, byk lagi perlu dilakukan..... apapun sebenarnya dalam bidang pekerjaan yang kita lakukan dapat membentuk satu penyelesaian yang mana akan membawa kepada ICC ataupun QIT.


NAMA KUMPULAN : IDEAS
TARIKH DITUBUHKAN : 1 OGOS 2009
TAJUK : NEW WATER JET SYSTEM

PESERTA
1. Zainuddin Besar
2. Che Abidin bin Othman
3. Nik Muhammad Nik Mahmud
4. Nik Badrul Nik Zainun
5. Mohd nur Najjad Saharuddin
6. Asyraf Zharif Ismail
7. Hishammuddin Mat Yaman

From maintenance staff

Wednesday, April 21, 2010

21 April 2010

Spt biasa, arini meeting pagi rasanya adalah antara meeting paling lama berdiri dekat standing meeting room... hampir 2 jam setengah dalam bilik membincangkan isu2 maintenance, production, engineering dan yg utama task list masing2.... antara isu yang hangat adalah isu color A66.... no komen dr aku, tugas ni telah pun diberikan kepada seseorg, kita juz supporter je jika diperlukan...

masuk 10.30am awal pg supplier foot valve da contact, 5,6 kali contact nak tau status foot valve tu, aku x leh komen, aku nak mcm dimension yg aku nak. around 11am kena masuk line tgk primer oven air velocity. x dpt diteruskan, kena buat time ptg... so pagi yg ada boleh lah ambik reading conductivity dan PH utk DI water, rata2 dalam paintshop ni sume masih dlm control kitaorg lagi walaupun ada 1,2 kawasan tu keluar dari spect asal, nak kena tgk dulu flow water ni mcm ne. but still in control. <10microsm n PH 6.5-7.5

ptg 2pm baru je nak duduk buka komputer(desktop sendiri, company x bg lagi) dapat pula panggilan daripada Sinar Alam, brg da sampai, siap modified. aku ngan malasnya tpaksa gak melayan :D penat tu baru abis makan. Foot valve recieve dlm keadaan yang....



Tuesday, April 20, 2010

20 April 2010

8am.... awal pagi da kena masuk line, phospate pump leaking byk sgt... mcm air.. mmg air pun.. cuma phospate ni lebih beralkali, seingat aku 3.0 ph mcm tu... aku lak pagi2 kena g meeting pagi, cari manpower jupe jugak Benyamin time tu ada dekat line tu, minta tolong ketatkan semula packing yang ada, kalo still gak leaking kena tukar yang baru, seingat aku stufing box packing tu dah nak abis, ada pun size lain, boleh je guna yang kuning tu buat sementara waktu, nanti da ada yg baru boleh replace smula..




masuk meeting pagi byk lak kena bebel(bukan part aku) aku ni dengar jer... nak ambik tau sgt x leh, x brape paham bab2 production ni... bab maintenance ok ar... 9.30am vendor yang janji ngan aku nak baiki aircond area tesa tape datang, alhamdulillah datang gak acai ni jenguk projek dia, masuk lagi line utk check system dalam tu... benda kecik je rupanya... malas nak crita... :D

masuk t.hari kena contact ramai supplier utk masuk projek dalam paintshop ni. ada yang da submit ada yang blum lagi, aku kena follow up sampai dapat pe yg aku nak tu... projek besar punyaaa... (senang keje maintenance) petang 2.30pm dapat info PO da siap, vendor Sinar Alam drpt kuantan dapat utk supply barang ni.

x sangka dalam masa 2 jam selepas PO da lulus, Ghazali ni contact aku, bgtau barang da on the way, ya allah, PO baru sign da antar barang... cepat pantas dan x bgtau aku :P agak kelam kabut sit dgn keje2 lain time tu dia nak datang... ptg ni aku x dpt recieved barang dari dia sbb ada x puas hati dengan barang yg nak recieved ni, aku dah penah bagi tgk brg ni ngan dia, suma dimension da ambik, tp bila brg da smapai aku x pdt spt yg nak... bawa balik dulu, modified.. weekend ni nak tgk smula..

Arini ni OT kejap je, malam ni nak anta TV aku.. TV rosak ar...

Monday, April 19, 2010

19 April 2010

Alhamdulillah arini xde downtime yang direkodkan... :D agak risau juga bila 2 org supervisor aku bercuti atas urusan keluarga dan kerajaan yang tidak dapat dielakkan. Arini Manan and Bidin xde, dah lah xde, 2 org manpower kuat aku lak kena gi traning dekat Hilton Hotel, PJ. Azahar(org kuat ED) dan Rabani.... telefon kejap tadi tanya kabar dorang, bukan main suka lagi, siap plan nak sambung cuti lagi... time telefon td dorang dekat Megamall, siap ngorat anak dara org lagi, kucing betul mamat 2 org ni, x ingat bini dekat umah agaknya.... :D

Arini cuba buat spray booth Primer berjalan dengan lebih baik, masuk dekat ceiling filter tengok dekat dalam, panel adjustment nampak x pernah kena usik atau mmg sebelum ni x org cuba nak adjast, atas arahan yg diberi, kitaorg pun beramai2 lah duduk atas tu.. 52 keping adjusment dah buat, nampak kemas sedikit, then biar beberapa lama tgk aliran angin keluar... rasanya kalo tido atas ni mmg lena gak :D 7.20pm ambik Anemomaster check velocity tmpt tu, nampak byk perubahn yg berlaku... pasni nak plan tukar ceiling filter then tgk sekali lagi... pastu baru adjust apa yg patut.

8.20pm, waktu isyak da masuk, g smyg dulu, pastu ingat malam ni nak makan rojak tempat abah.... :D

Sunday, April 18, 2010

18 April 2010

arini spt biasa bangun pagi basuh baju yang dah kumpul beberpa hari :D, basuh keta, kemas umah.... da siap2 sume masuk office lak tgk pe yang patut... Major item for this week adalah nak adjust semula ketinggian rail conveyor dekat keluar Top coat oven, dengan bantuan daripada Engineering site insyaallah selepas ni boleh lah nak elak daripada trolley sangkut... 2nd item pintu oven nyer motor, arini kena buat tapak motor tu sendiri, motor da goyang sbb tu pitcing x kena....





balik aroun 7pm balik umah budak2 sumer ngah tido mati.... :D aku sambung basuh baju, rehat2 iron baju, tido :D

17 April 2010

8.am, aku di kejutkan oleh kapten Servis over team, Munir…. Aku lambt bgn sbb mlm smlm keje malam, lewat balik.. so pagi ni aku buat persediaan utk menjadi pengurus kelab futsal anjuran Union....

Group kitaorg termasuk dalam Group C, walaupun bermain sekadar ala kadar shj, permainan nampak baik tanpa ada sebarang kad merah kuning yang keluar dan tanpa kecederaan.... :D

From maintenance staff

From maintenance staff

From maintenance staff


Tamat permainan lebih kurang dalam tengah hari, aku terlupa aku kena jumpa bahagian finance arini, ambik duit advance utk Azahar ngan Rabani, Isnin dorang kena g training design piping and pump servicing.... segala persiapan aku da sediakan, kereta company da sattle, warrant perjalanan da sattle (w/pun CEO x dpt sign) hotel Sun Inn sunway betul2 berdekatan area sunway lagoon buatkan dorang akan berfoya2 malam tu :D bagi ar dorang ni rehat sementara boleh ni, kalo x duduk je dkt ED tu...


Da sattle sume kerje, aku kena masuk keje malam lak, sbb arini aku x g ofis langsung pun, aku nak sattle heat exchanger aku dekat belakang tu. Nak pastikan sume plate exchanger ada, gasket sume complete.... 12.35am, hujan lak... baru rasa nak balik, lebat sgt, aku terperangkap lah pagi ni….. nak kuar kang basah, so aku terpaksa stay jer buat keje2 lain.......


Saturday, April 17, 2010

16 April 2010

12.25pm... pagi2 da kena sound, kena jadi auditor, aku dapat mail daripada geng HMS lambat, so pagi ni x tau pa pe... aku kena follow gak, start dari line preparation primer sampai ke top coat preparation...( 12.20pm je, arini jumaat) alhamdullilah nasib ar aku pernah check control process dkat line ni... masuk petang pas jumaat buzy lak ngan supplier HISAKAWORKS, vendor wat cleaning chemical Heat exchanger Phospate kitaorg, sian gak mamat YAP ni, hantar quotation kali ke-5 baru kena accept buat servicing. kesian2 pun budak U aku dulu :D Malas nak crite panjang arini jumaat, aku malas nak overtime, better balik umah, malam je masuk office smula, x sempat nak buat keje daily arini. layan benda lain jer... mcm ni ar keje, yg lama x siap lagi, ada lak yg baru.... pa pe pun kena arrange time....

Friday, April 16, 2010

15 April 2010

Hari ni adalah hari lawatan utk group of board member ke Hicom Automotive 1 ni, Seperti biasa sume management sibuk utk prepare benda2 yang patut utk persediaan org2 yang nak datang, antara yg aku kenal Mohd Aslam selaku Head, Manufacturing & Engineering. Dato’ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil Group Managing Director. Dato’ Lukman bin Ibrahim Group Chief Financial Officer.

Semuanya berjalan dengan lancar(bagi aku ar…) siap kitaorg boleh bahagi2 baju yang telah diberi daripada Mercedes Benz, 3 helai sorang dapat…. Lawa gak mcm baju lama aku dulu :D Terima kasih Pekan :)

Malam ni aku x leh balik awal lagi, aku kena stay sampai keje vandor2 ni siap, ikut aku malas gak nak tunggu, tapi risau gak last day ni, buat mesin2 aku ada problem, menjawab lah pulak esok. Sambil2 tu aku wat lah projek utk penyediaan kontrak kerja bagi mana2 supplier/vendor cleaning yang nak masuk.

Wednesday, April 14, 2010

14 April 2010

bangun pagi, mandi, wat sarapan g keje dll.... rutin harian setiap hari..
arini agak bosan skit walaupun ada problem skit yg berlaku.... rasanya hari ni nak balik awal, kuar office siap2 nak g kuantan tgk wayang..... nak tgk crite how to train your dragon @ upin dan ipin..hehe..