Friday, April 23, 2010

23 April 2010

Hari ni rekod dalam pengeluaran harian Hicom Automotive sbb berjaya menhasilkan outpus sebanyak 16 Unit, dengan rasa yang amat gembira CEO En.Rasid masuk ke bilik Standing Meeting Room dengan perasaan yang gembira... salam setiap org dalam bilik tu daripada ass.foreman, foreman, executive, manager sume kena salam... da nak abis meeting, CEO kuar soalan bernilai RM... lagi, dimenangi oleh En.Mutallib selaku Asst manager aku... aku ntah bila lagi.. :D meeting pagi arini habis tepat pukul 10.00am.

Task list bertambah, kena monitor utk pump air motor PCS, nak kena buat analysis2 yang perlu utk prevent benda yang sama berulang... then masuk lagi isu conveyor... pun nak kena study smula...

petang 4.30om seperti biasa Meeting ngan Mr.Peter dekat Mercedes Benz, why? why? why? why? why?...... banyaknya why sampai satu masa dah x boleh blah ngan jawapan2 yang diberi... Isu aku closed sementara.... alhamdulillah... kuar MBM 6pm malas nak sambung keje... tp keje belambak lagi... duduk ar rehatkan diri...

Plan malam nak g pasau umah 500.. (jumaat je)

Thursday, April 22, 2010

22 APRIL 2010

ICC iaitu INNOVATIVE CREATIVE CIRCLE... Mini konvensyen ICC wilayah pantai timur 2010 telahpun dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Bagi company seperti Hicom Automotive adalah suatu yang baru yang akan dimulakan oleh generasi baru Hicom automotive.. Kami daripada Maintenance Crew telah manyahut cabaran ini walaupun konvensyen ini akan berlansung pada 4 Mei1 2010 ini... Tidak dapat dinafikan aktiviti yang kreatif dan berinovasi ini mampu menghasilkan penambahbaikan yang jauh lebih besar bagi memastikan syarikat terus berdaya saing dan menghasilkan satu kreativiti bukan sahaja dgn pengurangan kos semata-mata. Ia juga dapat membantu ahli kumpulan saling belajar diantara satu dengan lain bagi memantapkan diri dalam persekitaran yang lebih mencabar di masa akan datang.

ICC 50% dlm tangan, byk lagi perlu dilakukan..... apapun sebenarnya dalam bidang pekerjaan yang kita lakukan dapat membentuk satu penyelesaian yang mana akan membawa kepada ICC ataupun QIT.


NAMA KUMPULAN : IDEAS
TARIKH DITUBUHKAN : 1 OGOS 2009
TAJUK : NEW WATER JET SYSTEM

PESERTA
1. Zainuddin Besar
2. Che Abidin bin Othman
3. Nik Muhammad Nik Mahmud
4. Nik Badrul Nik Zainun
5. Mohd nur Najjad Saharuddin
6. Asyraf Zharif Ismail
7. Hishammuddin Mat Yaman

From maintenance staff

Wednesday, April 21, 2010

21 April 2010

Spt biasa, arini meeting pagi rasanya adalah antara meeting paling lama berdiri dekat standing meeting room... hampir 2 jam setengah dalam bilik membincangkan isu2 maintenance, production, engineering dan yg utama task list masing2.... antara isu yang hangat adalah isu color A66.... no komen dr aku, tugas ni telah pun diberikan kepada seseorg, kita juz supporter je jika diperlukan...

masuk 10.30am awal pg supplier foot valve da contact, 5,6 kali contact nak tau status foot valve tu, aku x leh komen, aku nak mcm dimension yg aku nak. around 11am kena masuk line tgk primer oven air velocity. x dpt diteruskan, kena buat time ptg... so pagi yg ada boleh lah ambik reading conductivity dan PH utk DI water, rata2 dalam paintshop ni sume masih dlm control kitaorg lagi walaupun ada 1,2 kawasan tu keluar dari spect asal, nak kena tgk dulu flow water ni mcm ne. but still in control. <10microsm n PH 6.5-7.5

ptg 2pm baru je nak duduk buka komputer(desktop sendiri, company x bg lagi) dapat pula panggilan daripada Sinar Alam, brg da sampai, siap modified. aku ngan malasnya tpaksa gak melayan :D penat tu baru abis makan. Foot valve recieve dlm keadaan yang....



Tuesday, April 20, 2010

20 April 2010

8am.... awal pagi da kena masuk line, phospate pump leaking byk sgt... mcm air.. mmg air pun.. cuma phospate ni lebih beralkali, seingat aku 3.0 ph mcm tu... aku lak pagi2 kena g meeting pagi, cari manpower jupe jugak Benyamin time tu ada dekat line tu, minta tolong ketatkan semula packing yang ada, kalo still gak leaking kena tukar yang baru, seingat aku stufing box packing tu dah nak abis, ada pun size lain, boleh je guna yang kuning tu buat sementara waktu, nanti da ada yg baru boleh replace smula..




masuk meeting pagi byk lak kena bebel(bukan part aku) aku ni dengar jer... nak ambik tau sgt x leh, x brape paham bab2 production ni... bab maintenance ok ar... 9.30am vendor yang janji ngan aku nak baiki aircond area tesa tape datang, alhamdulillah datang gak acai ni jenguk projek dia, masuk lagi line utk check system dalam tu... benda kecik je rupanya... malas nak crita... :D

masuk t.hari kena contact ramai supplier utk masuk projek dalam paintshop ni. ada yang da submit ada yang blum lagi, aku kena follow up sampai dapat pe yg aku nak tu... projek besar punyaaa... (senang keje maintenance) petang 2.30pm dapat info PO da siap, vendor Sinar Alam drpt kuantan dapat utk supply barang ni.

x sangka dalam masa 2 jam selepas PO da lulus, Ghazali ni contact aku, bgtau barang da on the way, ya allah, PO baru sign da antar barang... cepat pantas dan x bgtau aku :P agak kelam kabut sit dgn keje2 lain time tu dia nak datang... ptg ni aku x dpt recieved barang dari dia sbb ada x puas hati dengan barang yg nak recieved ni, aku dah penah bagi tgk brg ni ngan dia, suma dimension da ambik, tp bila brg da smapai aku x pdt spt yg nak... bawa balik dulu, modified.. weekend ni nak tgk smula..

Arini ni OT kejap je, malam ni nak anta TV aku.. TV rosak ar...

Monday, April 19, 2010

19 April 2010

Alhamdulillah arini xde downtime yang direkodkan... :D agak risau juga bila 2 org supervisor aku bercuti atas urusan keluarga dan kerajaan yang tidak dapat dielakkan. Arini Manan and Bidin xde, dah lah xde, 2 org manpower kuat aku lak kena gi traning dekat Hilton Hotel, PJ. Azahar(org kuat ED) dan Rabani.... telefon kejap tadi tanya kabar dorang, bukan main suka lagi, siap plan nak sambung cuti lagi... time telefon td dorang dekat Megamall, siap ngorat anak dara org lagi, kucing betul mamat 2 org ni, x ingat bini dekat umah agaknya.... :D

Arini cuba buat spray booth Primer berjalan dengan lebih baik, masuk dekat ceiling filter tengok dekat dalam, panel adjustment nampak x pernah kena usik atau mmg sebelum ni x org cuba nak adjast, atas arahan yg diberi, kitaorg pun beramai2 lah duduk atas tu.. 52 keping adjusment dah buat, nampak kemas sedikit, then biar beberapa lama tgk aliran angin keluar... rasanya kalo tido atas ni mmg lena gak :D 7.20pm ambik Anemomaster check velocity tmpt tu, nampak byk perubahn yg berlaku... pasni nak plan tukar ceiling filter then tgk sekali lagi... pastu baru adjust apa yg patut.

8.20pm, waktu isyak da masuk, g smyg dulu, pastu ingat malam ni nak makan rojak tempat abah.... :D

Sunday, April 18, 2010

18 April 2010

arini spt biasa bangun pagi basuh baju yang dah kumpul beberpa hari :D, basuh keta, kemas umah.... da siap2 sume masuk office lak tgk pe yang patut... Major item for this week adalah nak adjust semula ketinggian rail conveyor dekat keluar Top coat oven, dengan bantuan daripada Engineering site insyaallah selepas ni boleh lah nak elak daripada trolley sangkut... 2nd item pintu oven nyer motor, arini kena buat tapak motor tu sendiri, motor da goyang sbb tu pitcing x kena....





balik aroun 7pm balik umah budak2 sumer ngah tido mati.... :D aku sambung basuh baju, rehat2 iron baju, tido :D

17 April 2010

8.am, aku di kejutkan oleh kapten Servis over team, Munir…. Aku lambt bgn sbb mlm smlm keje malam, lewat balik.. so pagi ni aku buat persediaan utk menjadi pengurus kelab futsal anjuran Union....

Group kitaorg termasuk dalam Group C, walaupun bermain sekadar ala kadar shj, permainan nampak baik tanpa ada sebarang kad merah kuning yang keluar dan tanpa kecederaan.... :D

From maintenance staff

From maintenance staff

From maintenance staff


Tamat permainan lebih kurang dalam tengah hari, aku terlupa aku kena jumpa bahagian finance arini, ambik duit advance utk Azahar ngan Rabani, Isnin dorang kena g training design piping and pump servicing.... segala persiapan aku da sediakan, kereta company da sattle, warrant perjalanan da sattle (w/pun CEO x dpt sign) hotel Sun Inn sunway betul2 berdekatan area sunway lagoon buatkan dorang akan berfoya2 malam tu :D bagi ar dorang ni rehat sementara boleh ni, kalo x duduk je dkt ED tu...


Da sattle sume kerje, aku kena masuk keje malam lak, sbb arini aku x g ofis langsung pun, aku nak sattle heat exchanger aku dekat belakang tu. Nak pastikan sume plate exchanger ada, gasket sume complete.... 12.35am, hujan lak... baru rasa nak balik, lebat sgt, aku terperangkap lah pagi ni….. nak kuar kang basah, so aku terpaksa stay jer buat keje2 lain.......


Saturday, April 17, 2010

16 April 2010

12.25pm... pagi2 da kena sound, kena jadi auditor, aku dapat mail daripada geng HMS lambat, so pagi ni x tau pa pe... aku kena follow gak, start dari line preparation primer sampai ke top coat preparation...( 12.20pm je, arini jumaat) alhamdullilah nasib ar aku pernah check control process dkat line ni... masuk petang pas jumaat buzy lak ngan supplier HISAKAWORKS, vendor wat cleaning chemical Heat exchanger Phospate kitaorg, sian gak mamat YAP ni, hantar quotation kali ke-5 baru kena accept buat servicing. kesian2 pun budak U aku dulu :D Malas nak crite panjang arini jumaat, aku malas nak overtime, better balik umah, malam je masuk office smula, x sempat nak buat keje daily arini. layan benda lain jer... mcm ni ar keje, yg lama x siap lagi, ada lak yg baru.... pa pe pun kena arrange time....

Friday, April 16, 2010

15 April 2010

Hari ni adalah hari lawatan utk group of board member ke Hicom Automotive 1 ni, Seperti biasa sume management sibuk utk prepare benda2 yang patut utk persediaan org2 yang nak datang, antara yg aku kenal Mohd Aslam selaku Head, Manufacturing & Engineering. Dato’ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil Group Managing Director. Dato’ Lukman bin Ibrahim Group Chief Financial Officer.

Semuanya berjalan dengan lancar(bagi aku ar…) siap kitaorg boleh bahagi2 baju yang telah diberi daripada Mercedes Benz, 3 helai sorang dapat…. Lawa gak mcm baju lama aku dulu :D Terima kasih Pekan :)

Malam ni aku x leh balik awal lagi, aku kena stay sampai keje vandor2 ni siap, ikut aku malas gak nak tunggu, tapi risau gak last day ni, buat mesin2 aku ada problem, menjawab lah pulak esok. Sambil2 tu aku wat lah projek utk penyediaan kontrak kerja bagi mana2 supplier/vendor cleaning yang nak masuk.

Wednesday, April 14, 2010

14 April 2010

bangun pagi, mandi, wat sarapan g keje dll.... rutin harian setiap hari..
arini agak bosan skit walaupun ada problem skit yg berlaku.... rasanya hari ni nak balik awal, kuar office siap2 nak g kuantan tgk wayang..... nak tgk crite how to train your dragon @ upin dan ipin..hehe..

Tuesday, April 13, 2010

13 APRIL 2010

Bangun subuh keje spt biasa, normally aku kuar umah 7.30am, tunggu cikgu tadika sebelah umah sampai :D pastu gerak g warung jual kuih muih ambik kuih 4 keping buat sarapan pagi.... RM1=4 keping(mmg murah giler).. pastu sampai dkt guard aroun 7.48am mcm tu...

Masuk keje mcm biasa, on PC, ON walkie talkie, buka mail hicom automotive, buka hotmail check mail dr supplier, check status maintenance keje night shift, sign borang OT, sign report dll yang berkesempatan... kalo x berkesempatan tu mmg da ada dekat bilik standing meeting room ar... pagi ni x byk isu2 yg berkaitan, so far ok jer utk part maintenance, cuma ada lah sedikit minor isu yg kena sattle...

kuar awal, g rehat dkt kantin(minum lagi=Rm1.80) pastu sambung keje.... utk hari ni maintenance department mmg ada plan keje utk malam, so as a planner, kena ar follow up last dkt purchasing barang sampai bila, check dekat store brape unit lagi tinggal, call supplier tgk transportation mcm ne, make sure brg betul2 sampai dekat guard house sblm 5pm arini and last thing aku kena make sure manpower mlm ni cukup utk keje2 ni, dapat 4 org pun kira ok..... alhamdulillah, brg selamat sampai, 2 kotak filter 10 micron sampai dekat tgn aku 4pm arini... start keje pas rest 5.50pm until 7.30pm....

Ada projek tambahan malam lagi, after 8pm vendor kata nak masuk, tunggu ar... agaknya 9pm baru masuk...

Monday, April 12, 2010

12 APRIL 2010

Sakit kepala............................... hari isnin mmg mcm ni selalu... ni kes sbb ahad pun kena keja... apa nak buat, dah mmg kena mcm ni... layan ubat da banyak sangat telan, dari panadol low profile nyer sampai ke high profile........

As usual, morning meeting report dekat manager pasal weekend activity, dari major activity sampai ke minor2 yang berkaitan... pastu meeting dgn production, tgk pa pe keperluan yang perlu utk dorang, then meeting task list... byknya nak meeting, sambil2 tu aku kuar escape jap bagi arahan kerja yang perlu utk hari ni. kalo x mcm ni x siap ar keje...

Rehat mkn kuih 4 biji nescafe se...

sambung keje sampai ke kul 12 mlm, 12.18am barcode keluar, mlm ni ntah teringin sgt nak study 3 phase wiring utk infra red lamp... ni yg kuar lewat sampai ke pagi :D

Sunday, April 11, 2010

11 April 2010


Arini Ahad, malasnya nak g keje, tapi kena pegi jugak(mmg kena g pun). cari info n wat report... 5 Keping PR aku siapkan, byknya nak kena order, byknya nak kena follow up walaupun benda ni bukan keje aku :D .... da siap sume aku buat2 study balik benda benda lama... 7 tools basic kena ada... pe yek... aku sesaja buka web google... byk benda lagi aku x tau...

7 basic tools of quality :


1 Ishikawa diagram - yang aku ingat ni mamat Kouru Ishikawa yang buat, nama lain bagi ishikawa diaram ni @ Fishbone diagram... alah yg ada menatang tulang ikan tu..

2 Check sheet - bendaalah ni da biasa buat da.. nik muhammad slalu buat, expert n details..

3 Control chart - ni bab2 SPC ni... UL n LL... bla bla bla.. byk nya nak kena study..

4 Histogram - benda ni dari sekolah rendah lagi aku study...

5 Pareto Chart - ni yg aku ingat decending order..

6 Scatter diagram -

last sekali, flow chart....





pasni nak sambung study benda lain SQCDM
( manager aku slalu ckp n refer benda ni :) )

Saturday, April 10, 2010

10 April 2010 merc

Since Mercedes Benz came to our company, they had many requirements in order to increase their production unit. Our target for production also increased to 15 per day. Unfortunately, we unable to achieve this target due to many things that we need to improve from our process, standard, specification, material, quality, cost, delivery and also morale. Generally it’s all about the production that we need to change. As maintenance department, we will continue doing our job as usual. We do the preventive maintenance task every Saturday and Sunday. Our job are to make this plant to be in good environment especially to improve the efficiency of all machines.

09 April 2010

Aku balik agak lewat hari ni, 2.05am .... aku x leh balik lagi...waaaaa.... ada vendor masuk, aku kena pastikan keje sume berjalan dengan lancar... seperti biasa, aku akan sediakan permit kerja utk vendor2 yang masuk kawasan paintshop... sekali sekala permit tu aku kena selitkan hot work permit, kena submit dekat safety officer, kebetulan arini x safety officer, so aku lah yang layak jadi safety officer :D aku da pernah trend vendor2 utk masuk dalam paintshop ni pasal safety dulu, so x masalah lah kalo ada vendor2 lain nak masuk.. janji air sirap sebungkus :D

Arini geng daripada kolumpo datang, Nawira Engineering, ni geng india ni, dorang ni akan buat balancing 2 units of Primer exhaust fan booth..... buat keje boleh tahan, sampai ke pagi melayan dorang ni... InCharge malam ni, Rabani (dia ni je yg boleh OT sampai ke pagi,yg lain da kawin2 belaka da) aku ngan dia ar nak tertido2 sebelah panel motor 55KW, layan jer.... 1.40am siap, result OK...

Fan 1 : 3.72mm/s bearing 1 : 3.52mm/s bearing 2 : 3.77mm/s
Fan 2 : 1.09mm/s bearing 1 : 1.58mm/s bearing 2 : 1.62mm/s

Balik umah, tido... ZzzzZZZzz

08 April 2010

aku da x ingat pe nak jadi ngan aku.... :D ikut schedule aku arini kena g lawat supplier, tapi x jadi.... antara sebab utama, semalam ada 2 buah merc C-class bertembung antara satu sama lain di jalan berhadapan Top COat Oven.... :D mcm accident betul lak... mmg betul pun... cuma kereta yg x tayar lagi ar...



so arini byk nak buat inspection terutama pada bahagian floor conveyor... setengah hari hari ni production stop sbbnya pusher disaspect bermasalah (ye ker???.. bagi aku trolley :D )xpela, janji aku wat inspection utk kebaikan maintenance sume....

Thursday, April 8, 2010

07 April 2010

8.40am -5.28pm.... arini mmg penat sgt2.... aku masuk office kejap jer, x sampai brape minit dah kena arah buat keje luar.. kena wat lawatan mengejut utk supplier2 DRB-Hicom.. Antara company yg aku g :

1. Tools & Machinery sdn bhd
(Beli grinder dulu ngan company ni lah)
2. Dynamics Expansions Sdn Bhd
3. KVC Industrial Supplier Sdn Bhd
(part2 eletrik ambik dkt company ni)
4. Pusaco
(byk kautim ngan aku)
5. Teknik Sanjung
(ada hutang skit x sattle lagi)

ada lagi company2 lain. tapi aku x masukkan, kadang tgk cakap je lebih :D Ops! satu lagi company yg aku x sebutkan dekat atas, company melayu yg sbnrnya x kaitan pun ngan maintenance ni, kedai jahit Hajah Zakiah Enterprise.... mula2 duduk kedai ni mmg terasa nak tido jer, lama x lama gak pastu dia bagi air soya lega skit... byk crita2 yg buat aku rasa aku ni bila lah nak bpegang pada kata2 sperti dia..

From maintenance paintshop DRB HICOM

From maintenance paintshop DRB HICOM

From maintenance paintshop DRB HICOM

From maintenance paintshop DRB HICOM


Akhirnya siap gak lawatan utk hari ni, cukup 7 buah company yg tersenarai, esok ada lagi sambungan cerita ni.... sampai dekat guard betul2 5.28pm.... aku x barkod lagi, budjet nak balik umah dulu rehatkan fikiran sbb mlm ni aku kena buat report utk projek aku beberapa minggu ni....

Tuesday, April 6, 2010

06 April 2010

9.43pm..... Arini aku ketinggalan nak g meeting, awal pagi buih ED buat hal lak, pesal lah ko bebiuh time pagi2 buta, buat lah tgh2 mlm x org nampak :D hehe.... benda ni normally jadi bila sub tank xde org tambah level sub tank ni, normally keje jaga level ni pihak supplier yg jaga (PPG) diaorg ni suppose pagi2 da naik atas tgk level air, kalo x cukup tambah je air tu bagi buih2 tu hilang dari pandangan.. da pagi tu kena bising Mr.Moerk, siap check smula pump/motor/piping sampai sangkut 1 mechanical seal kitaorg leaking dia perasan (bagus gak :D) Mech seal aku da lama order,tunggu pihak purchasing jer...
From Untitled Album

bla bla bla... nak g rehat, x bkesempatan, task list nak kena update, g gak standing meeting room... tambah lagi 1 task list.... ANDON system.. benda ni aku nak buat betul2, x boleh main2 je, pa pe nanti aku gak kena balik :D brg x sampai lagi, kena follow up purchasing juga..... tunggu ar, ada 3 PR utk ANDON system ni...

sempat gak rehat pagi ni ngan kuih+sandwich(malas nak beratur)... jap je rehat, ada lak problem BESARRRR punya..... RECTIFIER dekat ED menangis, x nak hidup.. meter tunjuk LOW VOLTAGE....hmm..... benda 3 phase 415V ni... minta tunjuk INCHARGE je la jawabnya, ON/OFF power x ok gak, biasanya benda ni ok je, arini lak probe, so mula lah troubleshot benda apa yang patut.... Check Incoming supply current dulu, manalah tau benda ni x ok..check2 ok je.. Then next action kitaorg check lak contactor dia, gila besau gajah. koman2 rege 8,9 riban gak ni... Check utk IN ngan OUT pun OK.... aduh, pe lah benda ni, ok tp x nak funtion... Check CPU lak, godam2 skit, kaco2 skit, pun OK.... Kali ni kitaorg da RESET bendda tu kali ke 36X ... kali ke 37 Rectifier ni ok lak :D dengan rasa senang yang teramat2 hasil bantuan maintenance FM dapat gak kitaorg solve buat masa sementara benda ni... bila da mcm ni, that means weekend ni adalah keje2 membongkar rectifier ni... Plan lah nak tighten ke, check contactor ke, connection ker... pa pe lah.... aku selaku bos kecik btanggungjawab lah mcm ne nak prevent benda ni dari x jadi lagi.... Buat PR order Contactor baru..(Pa pe pun benda ni kena ada gak utk spare)......

Monday, April 5, 2010

05 April 2010

10.29pm.... Huh, arini kena keje sampai ke pagi lagi, tapi rasanya x larat nak tunggu budak2
ATS wat keje angkat sludge lagi.... last week buat Top Coat, aku nak pastikan sume bejalan lancar jer(mmg tugas aku pun pastikan vendor2 wat keje complete)... tapi, arini aku ada 2 org cover keje aku, leh caya gak dorang ni...hehe.... vendor ni pun aku trust gak, skit ar... :D

keje harian da siap, baru jer, tunggu masa je ni :D Pagi ni mcm biasa, 8.15am meeting at standing
meeting room ngan sape lagi, CEO aku ar... mmg byk info masuk(kuar pun ada gak :p ) Pembelajaran arini Command and Control.... benda ni cam task list tu ar, kena command the control, kalo x org control mcm En.Rashid ni(my CEO) alamatnya senyap jer task list tu.. Paling penting dlm command and control ni "must to deliver" means our site kena beri pe yg terbaik utk org yg bekerja keras hasilkan production hari tu(s.visor/foreman/asst.foreman lah).... dorang ni ar bkerja keras utk hasilkan output utk company :D kitaorg ni manage je.... betul cara manage tu, betul la org bawah tu.... pe yg penting kena ada KERJASAMA.. "must to deliver"......

hmm..... esok schedule kitaorg da tukar atas sbb2 tertentu.... meeting pagi 8.45am, habisnya ntahlah.... (semapt ke aku minum pagi 10am :D ... )

Thanks to all.... TV aku ni bila la nak sampai :D

Sunday, April 4, 2010

04 April 2010

Sattle keje aku utk hari ni..... :D
byk lagi menanti....

Normally, task list yg aku buat mesti nk yg tbaik.
Chewah :D mcm CEO aku gtau "TALK WITH FACT" so that
means pa pe keje or task list yg aku kena bagi kena
ada prove dia, bukan pe, sebenarnya betul gak CEO aku ni,
keje nak efficient, then nanti bila da ada fact tu
boleh lah ada tindakan, then yg penting sekali communicate..
hehe... ye lah aku ni communicate, aku ni wat keje sendiri je,
janji keje siap :D

Arini OT smpai 5.30pm je, malam ni ada projek besar,
nak ronda Kuantan, cari TV Plasma... member aku fakroul
da kuar umah, sume brg dia bawa balik, dgn TV sekali dia angkut...
tinggallah Dekoder Astro jer :[ Astro ada, TV lak sangkut.....
malam ni nak rembat plasma 42inch, nantilah ko fakroul,
akan aku tunggu kedatangan ko fakroul :D
kita layan mcm dekat cinema HeHeHe...

Saturday, April 3, 2010

03 April 2010 Night Shift.... hehe... Sabtu sesaje

Hari ni mmg x sihat sangat..... dari mula bangun subuh sampai lah ke petang senja.... selsema saja... so, aku x g keje siang walaupun sabtu yg normallynya aku mmg akan bekerja utk cover production ngah running arini...

7.35pm, rasa dah lega skit, ambik kunci keta, switch on my Jazz engine, go!! gi office buat keje yang tertangguh lagi... spt biasa awal bulan mmg byk nak kena report... aku wat EFR aku yg patutnya aku dah submit this week, apakan daya, task list byk sgt, x terkejar nak buat keje ni.... :D

Friday, April 2, 2010

02 April 2010 Morning Meeting......

Arini mcm biasa, meeting pagi dari 8.15am until 10am... Pergh...sejak CEO ambik alih utk paintshop, jadual keje agak ketat skit, waktu pagi yg biasanya buat keje2 monitoring dalam plant jadi tertangguh skit, so dari isnin lepas sampai ke hari ni dengarlah nasihat2 dari seorang CEO.. byk ilmu leh dapat... Dari Work Instruction(WI) operator sehinggalah wujudnya WI utk management team.... skrg ni keje kena tgk task list, mana x sattle lagi kena sattle cepat2. task list lepas2 byk lagi, arini ada lagi, esok pun pasti ada..... keja semakin byk, badan lak x sihat..... selsema sepanjang masa.....


From Blogger Pictures


Pa pe pun TQ to all Executive, manager, ass.manager
dll yang involved dlm sume ni.....


hehe... arini baru aku tau kenapa logo Mercedes Benz tu mcm tu :D

Thursday, April 1, 2010

Monthly....April 2010

as normally.....

antara monthly yang aku kena buat as Executive......
1. Equipment Failure Report
2. Update Purchase Requisition (PR)
3. Update master Preventive Maintenance
4. Submit Daily Inspection (March 2010)
5. Attendance list Maintenance Staff
6. Buat skill Matrix utk Maintenance (2 bulan sekali)

ptg ni nak sattle EFR aku dulu.... ntah lah boleh dapat target atau x.... target >94% ...

Major servicing on booth.



last day 30th march 2010 aku n geng2 kena tunggu sampai ke pagi utk monitor ATS sales n services wat cleaning sludge pit kat top coat line... punya lah penat dari 7.30pm till 6am, buat tu buat ni, tido sana tido sini, potong drum buka itu buka ini sampai lah ke pagi... tima kasih geng night shift coz byk bantu... :D

Monday, March 22, 2010

Exhaust Fan Primer Oven problem......

godek sana godek sini....
x jupe gak...
cari sana, cari sini,
xde juga....
mana lah nak mencari ni...
rupenya byk benda aku x study lagi :D
nasib dkt sini ni byk benda gak bole study...

arini mmg agak blur gak masuk bab contactor ni..
kitaorg down time 2jam 30min dkt kilang sbb utama
rectifier utk contactor tu da x boleh pakai..
maklumlah kilang lama.... Benda ni kitaorg detact bila 
kita da start motor control je, 
time start running ok... then check
incoming supply NG....ooooOOooo

Rupanya rectifier contactor tu yg problem :( ...... 
so, pe lagi, cari contactor lain..
xde lak dalam stok kitaorg.... jupe Maintenance FM kalo2 ada
stock ke, pon xde..... so, langkah seterusnya cuba modified..
rompak la mana2 contactor yang x guna dalam kilang ni..
jupe gak akhirnya hasil percantuman beberapa contactor...
CONTACTOR SC-6N....... aku sbg executive b/tanggungjwb ar
nak jawab benda ni esok, pastu senang cerita buka PR order terus
5 biji.... ntah la brape rege sebiji, janji barang utk maintenance ada...
 ..................................................................................................